Saturday, August 15, 2009

Betapa Pentingnya Backup!

Backup dan restore merupakan dua istilah teknikal yang agak sukar diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Jadi, di sini saya ingin terangkan mengenai istilah backup dan restore dalam bahasa yang mudah.

Apa itu backup? Backup adalah proses membuat salinan pada fail-fail dan dokumen-dokumen anda. Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, kerana siapa tahu, esok lusa Windows anda akan rosak dan tidak berfungsi. Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbuang data-data anda yang berharga. Proses mengembalikan semula data yang hilang dipanggil sebagai restore.

Adakah backup penting? Sudah tentu! Bayangkan foto-foto yang anda telah simpan bertahun-tahun, atau tugasan-tugasan universiti anda sepanjang semester, tiba-tiba hilang akibat serangan virus. Bagi syarikat-syarikat, ketiadaan backup boleh mengakibatkan kerugian yang amat besar.

Backup boleh dibuat secara manual, iaitu copy dan paste sahaja fail-fail anda ke dalam hard drive yang lain. Terdapat juga cara yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau Ping.

Sebenarnya memang susah nak mendidik pengguna komputer untuk membuat backup pada data-data mereka. Tunggulah sampai kena sendiri, baru sedar >_<”

1 comment:

  1. iskh3 web master seorang nie~

    cheesecake betul..

    sinis betul cara blogging anda. dah beri info best2, then tang akhir2 post, mesti ada kata2 sinis dia.. tunggulah kena sendiri ek? Takpe2. (Sabar jelah~) =.='

    ReplyDelete