Friday, September 25, 2009

Buka Fail Word 2007 .docx Dalam Word 2003

Anda mungkin pernah menggunakan Microsoft Word 2003 dan menyimpan fail dalam format Word 97-2003. Tahukah anda, jika anda menggunakan Microsoft Word 2007, format fail Word telah bertukar kepada format .docx dan bukannya .doc? Ini bermakna jika anda menggunakan Microsoft Word 2003, anda tidak boleh membuka dan menyunting fail dari Word 2007.

Microsoft Office 2007 mempunyai format fail yang baru yang sememangnya lebih kepada mengintegrasi fail berasaskan format xml yang digunakan sebagai format standard di internet. Oleh itu, semua aplikasi asas dalam Microsoft Office 2007 menggunakan format baru yang ditambah huruf x pada sambungan failnya. Sebagai contohnya – format fail baru Word 2007 ialah .docx (sebelumnya .doc), PowerPoint 2007 – .pptx, Excel – xlsx.

Jika anda menggunakan Microsoft Word 2003 dan anda ingin membuka dan menyunting fail format .docx daripada Word 2007, anda boleh melakukannya dengan memuat turun Microsoft Office Compatibility Pack for Microsoft Office 97/2000/2003 daripada laman web Microsoft seperti di bawah:

http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyId=941b3470-3ae9-4aee-8f43-c6bb74cd1466&displaylang=en

microsoft1

Setelah memuat turun fail tersebut iaitu fail FileFormatConverters.exe, anda perlu memasang ke dalam komputer anda yang mempunyai samada Office 97, Office 200/XP atau Office 2003. Ianya membolehkan anda membuka fail Office 2007 dengan secara otomatik. SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. Top Casinos Near Bryson City, Bryson City, Bryson City, Bryson
    Get directions, 공주 출장샵 reviews and information 통영 출장마사지 for Top 파주 출장마사지 Casinos Near Bryson City, Bryson City, 아산 출장마사지 Bryson City, Bryson City, Bryson City, 광주 출장안마 Bryson City on MapYRO.

    ReplyDelete