Tuesday, August 4, 2009

Mengendalikan SPAM


Tidak dinafikan dan memang memeningkan kepala, pengguna sering menerima email yang tak diundang (unsolicited atau spam mail). Email yang diterima pula berkaitan dengan perkara yang tidak baik seperti pil viagra, lotery, produk haram dan macam-macam lagilah.

Bagaimana untuk mengendalikan email-email SPAM ini..? Sekarang terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membendung masalah spam ini.


Pada penyedia e-mail berasaskan Web seperti Yahoo dan Gmail terdapat aplikasi anti-spam yang akan menyaring e-mail yang dianggap spam. Walaupun masih ada yang terlepas ke dalam Inbox, anda boleh memasukkan alamat pengirim ke senarai backlist. Dengan cara ini, setiap e-mail dari alamat tersebut akan masuk ke folder Spam.

Namun jangan percaya 100% dengan fungsi anti-spam ini. Pertama, penilaian anti spam terhadap spam boleh salah, sehingga e-mail yang betul pun dianggap spam (contohnya jika tajuk atau subject e-mail dikesan generik dan pernah digunakan e-mail spam seperti ‘Hi, how are you?’).

Kedua, Yahoo atau Gmail pula akan menganggap e-mail tersebut sebagai spam dan memasukkan alamat e-mail tersebut ke dalam blacklist. Rugilah jika pemilik e-mail sebenarnya mengirim e-mail yang betul kepada anda, kerana alamat tersebut akan tetap dianggap spam dan anda tidak sedar jika dikirimi e-mail oleh orang tersebut. Oleh kerana itu, sebaiknya anda sesekali melihat isi folder Spam untuk memastikan apakah ada e-mail betul yang dianggap spam.

Spam mail juga seringkali terjadi kerana kita sering membiarkan e-mail terkirim tanpa diberi tajuk subjek. Begitu juga, untuk mencegah penyebaran spam, kita boleh mengirimkan e-mail ke lebih dari satu tujuan dengan isikan alamat-alamat tersebut ke dalam BCC (Blind Carbon Copy), bukan CC. Cara ini juga boleh mengelak penerima e-mail dari mengetahui kepada siapa anda mengirimkan salinan e-mail tersebut.

Selain itu, cara yang paling praktikal untuk mengelakkan terjadinya spam ialah menggunakan plug-ins Freenigma untuk browser Web Firefox. Plug-ins ini juga boleh merahsiakan isi email dan alamat email dari di kesan oleh SPAM.

Jika anda menggunakan e-mail client, pendekatan yang dilakukan oleh aplikasi masing-masing berbeza-beza. Mozilla Thunderbird misalnya, sudah memiliki aplikasi anti-spam yang dapat dilatih untuk mengenali spam. Untuk mengesan filter spam dan “melatih” Thunderbird dalam mengenali spam mail, sila buat satu folder dengan nama “Junk” di bawah Inbox. Seterusnya, klik menu Tools > Options > Privacy. Berikan tanda check pada pilihan “When I mark message as junk” dan aktifkan “Move them to accounts “Junk” folder”.

Masukkan fungsi pengendalian spam mail dengan klik menu Tools > Account Settings > Junk Settings. Tandakan pada pilihan “Enable adaptive junk mail control for this account”. Aktifkan pula pilihan “Move new junk messages to:” Arahkan kepada folder Junk yang sebelumnya telah anda buat.

Sekarang periksa email-email yang kita anggap sebagai junk mail (spam). Klik kanan pada e-mail tersebut dan pilih Mark > As Junk. Setiap kali e-mail dari pengirim spam itu masuk, secara automatik akan dikesan sebagai spam (junk). Untuk memasukkannya ke folder Junk, klik folder Inbox, dan klik menu Tools > Run Junk Mail Controls on Folder.

Bagi pengguna e-mail client Outlook dan Outlook Express memang tidak memiliki fungsi khusus untuk menyekat spam. Akan tetapi anda boleh memanfaatkan fungsi Blocked Sender Lists (Tools>Message Rules), dan masukkan alamat e-mail pengirim spam. Namun jika ingin lebih praktikal, sila install dan tetapkan konfigurasi antispam seperti perisian Spamihilator.


No comments:

Post a Comment