Tidak di nafikan masih ada di antara kita yang masih tidak mengetahui cara untuk burn CD atau DVD. Oleh itu, tutorial kali ini membincangkan tentang bagaimana untuk melakukan proses burn CD atau DVD.
Kelengkapan yang diperlukan sebelum proses burning dijalankan :
- Pemacu CD-RW atau DVD-RW. Sebaiknya anda menggunakan pemacu DVD-RW kerana ia boleh digunakan untuk burn CD dan DVD.
- Perisian untuk burning. Biasanya semasa anda membeli pemacu tersebut, CD perisian burning ada disertakan sekali.
Perisian yang biasa digunakan untuk proses burning ialah NERO. Untuk mendapatkan perisian ini atau perisian lainnya, anda boleh lawati laman web berikut :
- http://www.freedownloadscenter.com/Search/nero.html
- http://www.download.com/3000-2646_4-10773521.html
- http://www.brothersoft.com/downloads/free-nero-download.html
Untuk proses burning CD atau DVD, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Buka perisian NERO anda. Tetingkap seperti gambarajah di atas akan muncul.
- Pastikan anda telah memasukkan CD atau DVD ke dalam pemacu.
- Dalam tetingkap itu anda boleh menentukan CD atau DVD . Anda juga boleh memilih menu atau tugasan burning yang ingin anda lakukan. Untuk data, anda boleh memilih “Make Data CD” atau “Make Data DVD“.
- Tetingkap seperti di bawah akan muncul.
- Untuk memilih data atau fail yang hendak di burn, anda hanya perlu pilih “Add“. Seterusnya tekan butang “Next” dan butang “Burn“.
Proses burning akan berjalan seperti gambarajah di bawah.
Biarkan proses ini berlajalan sehingga selesai.
salam alayk. sedikit correction, berlajalan? hiks~ berjalan sudah. ngee~
ReplyDeleteTHX blog mu bagus!!!!
ReplyDeletebahasa indo
ReplyDeletemacam mana lak kita nak buat dia secara video??
ReplyDelete