Sunday, October 4, 2009

Tips Membeli Kamera Digital

kamera digital

Penggunaan kamera digital kini semakin meluas. Malah ianya bolehdikatakan telah mengambil alih penggunaan kamera berorientasikan filem. Dengan penurunan harga kamera yang mendadak di pasaran sekarang, kita seolah-olah telah dilanda tsunami pengimejan digital dan disebabkan penggunaan filem yang semakin mengecil dan mahal, kita tidak dapat tidak, perlu membeli kamera digital sebagai satu keperluan dan bukannya alternatif lagi.

Sebelum anda menerjah ke kedai kamera dan membeli sebuah kamera digital, berikut adalah beberapa tips dan info yang perlu anda tahu tentang kamera digital. Dengan pemahaman tentang beberapa aspek penting kamera digital ini, ianya dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam membeli kamera digital pertama anda.

Sesuaikan keperluan megapiksel

Banyak iklan kamera yang mempamerkan megapiksel, namun ramai di antara kita tidak memahami apa itu megapiksel. Kita sering didedahkan istilah megapiksel ini dalam banyak aspek komputer grafiks. Apakah yang anda fahami tentang megapiksel ini?

Secara teorinya, semakin besar megapiksel ini, semakin baik kualiti imej yang diambil, semakin mahal harga sesebuah kamera. Pada masa yang sama ianya memakan storan yang lebih besar untuk menyimpan imej yang diambil.megapiksel.jpeg Namun, hakikatnya besarnya megapiksel sesebuah kamera digital bukannya penentu kualiti imej atau gambar yang kita ambil. Kamera dengan 2 Megapiksel sebenarnya sudah memadai untuk mengambil foto sehari-hari dan cukup juga untuk dilihat diskrin komputer mahu pun untuk dicetak dengan saiz 6R. Kalau dulu pun, kita hanya mendapat foto daripada kedai gambar dengan saiz 4R sahaja. jika anda inginkan hasil cetakan foto dengan saiz yang lebih besar, mungkin anda hanya perlu membeli kamera dengan 3 Megapiksel sahaja. Namun sekarang, kamera digital dengan 3 megapiksel boleh dikatakan telah pupus daripada pasaran di Malaysia (kecuali terdapat telefon bimbit berkamera). Sebaik-baiknya dapatkan kamera dengan 5 Megapiksel ke atas. Ianya boleh dikatakan amat murah di pasaran ketika ini.

Perhatikan bateri dan pengecajnya

Jika kamera anda menggunakan bateri lithium, pemakaiannya tidak terlalu memerlukan banyak perhatian, cukup dicaj dan pakai, kalau selesai dipakai, silakan di caj lagi. Ada juga kamera yang menggunakan bateri jenis AA. Untuk jenis ini, kita boleh memilik menggunakan bateri Alkaline (untuk ketahanan – berupaya mengambil gambar dengan lebih banyak), atau bateri yang boleh dicaj semula (NiMH- Nickel Metal Hydride).

Jika anda membeli kamera yang menggunakan bateri jenis AA, anda disarankan menggunakan bateri yang boleh dicaj semula berbanding dengan jenis alkaline. Ini kerana biasanya ianya boleh dicaj semula buat beberapa kali dan ini akan menjimatkan anda daripada membeli bateri setiap kali anda kehabisannya.uniross rechargable-batteries-hybrio.jpgWalaupun pada awalnya, ianya agak mahal sedikit berbanding bateri alkaline, namun ianya akan menjadi jauh lebih murah setelah anda mengulang cajnya. Sebaiknya, apabila membeli bateri caj semula ini, pastikan anda mencari bateri yang berkapasiti yang lebih tinggi daya tahannya – contohnya: 2100mah-2900mah, Bateri alkaline biasanya mempunyai kapasiti 2500 mah ke atas, tetapi bateri NiMH jauh lebih tahan berbanding alkaline. Anda juga perlu berhati-hati apabila membeli bateri AA di pasaran sekarang kerana terdapat banyak jenis bateri palsu samada menggunakan jenama yang tersohor atau pun yang tersendiri. Dapatkan bateri NiMH yang asli di kedai-kedai terpilih yang boleh dipercayai – atau pastikan bateri yang anda beli itu mempunyai tanda hologram atau biasanya ianya diletakkan ditempat-tempat yang terkawal (ada kalanya diikat dengan tali/dawai agar tidak mudah diambil oleh pembeli), Antara jenama-jenama bateri caj semula yang tersohor adalah Uniross Hybrio, Sanyo Eneloop, Panasonic Oxyride, Duracell, Energizer, Eveready) Jika anda memilih untuk menggunakan alkaline bateri, anda disarankan menggunakan jenama Energizer e2 Lithium dan Duracell Coppertop alkaline. (Jenama yang digelapkan di atas adalah jenama yang terbukti kualiti setelah diuji oleh beberapa laman web yang telah melakukan ujian perbandingan)

Optikal Zoom (dan Digital Zoom)zoom.jpeg

Perbesaran gambar secara optikal (ini berbeza dengan digital zoom). Usahakan kita mendapatkan kamera dengan minimal 3x optikal zoom. Jika anda mempunyai peruntukan ayng lebih, dapatkan zomm optikal yang lebih tinggi seperti 5x, 6x sehingga 12x. Sebahagian besar kamera digital mempunyai fasiliti optikal zoom, dan ini sangat berguna buat kepentingan kita mengambil gambar untuk jarak yang agak jauh dari tempat kita. Usah fikirkan fasal digital zoom, rata-rata kamera digital semuanya mempunyai fasiliti digital zoom, namun hasil perbesaran dengan digital zoom akan mengakibatkan hasil foto kita jadi pecah dan tidak jelas. Sebaiknya apabila tidak terpaksa, usahakan untuk selalu menghindari pemakaian digital zoom. Digital zoom dapat juga dilakukan dengan software di PC.

Fasiliti Bantuan untuk low-light

Pada keadaan cahaya yang tidak terang, biasanya kamera akan kesulitan mendapatkan fokus yang sempurna sebelum kita shoot object tersebut. Oleh kerana itu, beberapa kamera digital dilengkapi dengan lampu bantuan (bentuknya bermacam-macam) yang berfungsi untuk membantu pengambilan foto pada tempat yang kurang cahaya. Ini sangat penting terutama pada pengambilan foto di dalam rumah atau bangunan.

Perhatikan memori storannya

Beberapa kamera mempunyai memori bina dalam sebagai storan, tetapi biasanya kapasitinya tidak terlalu besar. Oleh sebab itu, kita harus memastikan bahawa kamera digital kita dilengkapi dengan port untuk memori eksternal atau kad memori, sehingga kita dapat memberikan tambahan memori sesuai dengan keperluan kita. Ada berbagai macam jenis kad memori yang disediakan untuk kamera digital seperti SD, Mini SD, MicroSD, Memori Stick, Memory Stick Duo./Pro, Compact Flash dan kad XD, jenis dan bentuknya biasanya disesuaikan dengan jenis kamera digital tersebut. Namun kebanyakan kamera digital sekarang menyokong kad SD sebagai standard kecuali jenama Sony yang masih menggunakan format Memori Stick.Memory-Cards.jpg

Harga setiap kad berbeza mengikut kapasitinya, semakin besar kapasitinya, maka harganya akan semakin mahal juga. Mengikut pasaran sekarang, kad memori jenis SD adalah yang termurah di pasaran berbanding dengan Memory Stick mahupun Compact Flash. Format Compact Flash merupakan format kad memori yang terawal (hujung tahun 90an hingga akhir tahun 2005) dan kebanyakan kamera digital masa kini tidak menggunakannya lagi. Format XD pula hanya digunakan oleh kamera berjenama Olympus dan Fuji. Walaupun saiznya amat kecil, namun ia tidak sepopular kad SD. Kad XD juga hampir tidak digunakan lansung oleh jenama kamera membuatkan ianya berharga agak mahal dan mungkin akan pupus sedikit masa lagi. Anda disarankan membeli kad memori berkapasiti sekurang-kurangnya 4GB ( kalau kad SD HC – harga sekarang dalam RM45 sahaja) kerana ianya membolehkan mengambil gambar pada kuantiti yang banyak.

Cubalah kamera tersebut sebelum membeli

Kamera digital hampir sama dengan digital media lainnya, biasanya dilengkapi dengan menu dan butang-butang pengontrol untuk disesuaikan dengan keperluan kita. Beberapa kamera memiliki menu dan arahan yang mudah dimengerti berbanding jenis lainnya. Perbandingan mudah atau susah dapat anda simpulkan jika anda sudah mencubanya.

Anda juga disarankan perhatikan time delay dari mulai kita tekan butang shoot sampai gambar selesai diambil (shutter lag), kamera tertentu ada kala yang masa untuk mengambil sesuatu gambar itu agak lama, ini juga disebabkan oleh keadaan ruang dan pencahayaan tempat kita mencuba kamera tersebut. Kecepatan sesuatu kamera mengambil menghasilkan gambar pada skrin setelah diambil (shoot) merupakan faktor yang perlu diambil kira apabila memilih sesuatu kamera digital. Cuba juga lensa zoomnya (optikal zoom), apakah dapat digunakan dengan mudah dan cepat. Ketahuilah juga berapa lama waktu yang harus ditunggu dari mulai menghidupkan kamera sampai kamera siap untuk digunakan. Jangan lupa mencuba LCD dan viewfindernya.

Cari informasi sebanyak mungkin

Ada baiknya anda mengetahui terlebih dahulu kemampuan, spesifikasi, dan kekurangan dari kamera yang anda cadang untuk membeli. Bertanya kepada pakar, atau orang yang sudah pernah menggunakan akan sangat membantu kita untuk menentukan apakah kamera tersebut layak untuk dibeli. Beberapa laman web di internet banyak memberikan reviu dan pandangan tentang kamera digital, mulai dari yang mengulas secara global sampai direviu terperinci. Tempat diskusi di Internet juga sangat dianjurkan untuk dijadikan rujukan sebelum membeli kamera digital.

Ciri tambahan

Banyak kamera digital yang dilengkapi dengan ciri tambahan, salah satunya yang selalu ada adalah kemampuan untuk merakam gambar bergerak (video). Pada kamera digital, ciri ini hanyalah sebagai tambahan saja dan kemampuannya sangat terbatas. Harap anda tidak menentukan keputusan membeli kamera digital dari kemampuan kamera tersebut untuk merakam video. Hasil rakaman video dari kamera digital tidak akan boleh maksimal, kamera digital didesign untuk menghasilkan foto diam secara maksimum. Jika anda lebih berniat merakam video, sebaiknya dipertimbangkan untuk membeli handycam atau alat sejenis yang memang dibuat untuk merakam video. Namun, disebabkan keperluan merakam video daripada kamera digital menyebabkan banyak kamera digital sekarang dilengkapi dengan kebolehan merakam video. Ada di antara kamera tersebut menghasilkan video yang begitu baik sehingga agak setanding dengan camcorder digital.

Pertimbangkan membeli card reader

Card reader adalah alat tambahan yang digunakan untuk membaca kad memori pada kameraa digital. Pada saat anda membeli kamera digital, pastikan ianyacard reader disertakan kabel dan driver untuk mentransfer/memindahkan foto dari kamera ke komputer. Namun jika anda menggunakan alat yang disebut card reader, maka anda akan menjimat masa untuk mentransfer dari kamera ke komputer dan dilakukan dengan cara yang sangat mudah, selain itu jika kita menggunakan card reader, maka kamera kita tidak perlu dihidupkan (on) dan akhirnya kita juga boleh memanjangkan jangka hayat bateri kamera anda.

Semoga tips dan panduan ini sedikit sebanyak membantu anda yang ingin membeli kamera digital buat pertama kali. Anda juga sentiasa disaran membaca artikel-artikel berkaitan dengan kamera digital jika anda merupakan se orang enthusiast tentang kamera. Laman-laman web seperti dpreview.com, Steve Digicam, DCResource.com, Imaging Resources dan Digital Camera Review dapat membantu anda memilih kamera yang terbaik bersesuaian dengan skop dan keperluan anda

Friday, September 25, 2009

Rahsia Angka 7 Dalam Islam


Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Zahar Muhammad bin Abdulrohman Alhamdanaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa’:12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)
3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)
4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).
5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-’Alaq : 19).
6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)
7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat.

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa “setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?

Murid 1 = China
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Bintang
Murid 4 = Matahari

Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama

Imam Ghazali : Apakah yang paling besar didunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka

Imam Ghazali : Apakah yang paling berat didunia?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali = semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah

Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab : Mata pedang!!!
Imam Ghazali : semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Menonton TV Secara Digital Online Percuma

tvfreeDalam era internet yang semakin canggih sekarang, pengguna internet sejagat dapat menonton saluran television secara digital melalui internet secara percuma dari pelbagai lokasi seluruh dunia. Batasan-batasan fizikal yang biasanya terdapat tidak menjadi masalah sekiranya anda mempunyai talian internet yang berbandwidth yang tinggi. Pada entri ini, saya ingin senaraikan laman-laman web seantero dunia di mana anda boleh menonton tv atau filem secara lansung online. Berikut adalah senarai laman-laman tersebut:


TV Shack


Ini merupakan laman web yang semakin popular dengan pilihan rancangan menarik seperti filem, rancangan TV, muzik dan klip video komedi.Pastikan anda layari tvshack.net!


Surf The Channel

Surf The Channel menyediakan rancangan TV dan sukan yang bagus dengan pelbagai koleksi judul yang berbeza.


TV Life

Memiliki berbagai rancangan TV baik serta filem.Bahagian paling unik adalah senarai link kepada banyak rancangan TV kelasik yang amat popular satu ketika dulu seperti rancangan bahawa ia mempunyai link ke TV lama acara seperti “I Dream of Jeannie,” dan “Silver Sendok.” Mungkin halaman link streaming terbaik yang pernah saya jumpai sejauh sebelah QuickSilverScreen.


3.000 Saluran Plus

QuickSilverScreen

Mungkin yang paling popular di sekitar, dan itu kerana sebenarnya host kandungan anda menonton.Segala sesuatu di atasnya adalah DIVX hebat high disandikan makna tak satu pun daripada barang-barang kasar mungkin anda hadapi di tempat lain.Satu-satunya kelemahan adalah bahawa ini bererti anda tidak akan sirip salah satu filem CAM baru di sini, tapi banyak dari anda mungkin tidak akan peduli.


FOMDB

Tempat yang bagus untuk menyemak senarai filem online.Rutin diperbaharui dengan yang terbaru dan terbaik dari box office dan semua tajuk bermain dengan baik pada browser Firefox.



Side Reel


Menawarkan program TV dan filem untuk menonton, keduanya yang dikemaskini secara teratur.


Anda Yakin Komputer Baru Tiada Virus?

Semua pengguna komputer tidak gemarkan virus yang menganggu hidup mereka. Dan virus telah pun menjadi asam garam kepada pengguna komputer terutamanya mereka yang menggunakan sistem operasi yang dikeluarkan oleh Microsoft, iaitu Windows. Tetapi adakah anda yakin bahawa setiap komputer baru yang anda beli daripada kedai itu bebas virus? Benar-benar yakin?

Virus Dalam Komputer Baru
Mungkin perkara ini dianggap kes terpencil, tetapi peluangnya tetap ada. Kes ini telah terjadi dibeberapa tempat, tidak hanya tertumpu kepada komputer malah iPod juga telah dilaporkan mengandungi virus. Kes terbaru apabila beberapa penyelidik Kaspersky membeli sebuah netbook untuk kegunaan penyelidikan mereka mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem tersebut. Setelah dikaji selidik, mereka menjumpai tiga virus yang berada didalam System restore. Dikatakan virus tersebut masuk apabila pekerja netbook tersebut membuat naiktaraf driver netbook tersebut dan dengan tidak sengaja virus tersebut masuk. Virus tersebut adalah varian daripada cecacing AutoRun yang biasa berada didalam UFD (USB Flash Drive) atau lebih mudah, thumbdrive.

Imbasan Penuh
Satu nasihat daripada mereka adalah, perkara pertama yang perlu dibuat apabila mendapat komputer baru adalah, memasang sistem sekuriti seperti antivirus dan membuat naiktaraf secara terus dan naiktaraf sistem operasi sebelum dan dicadangkan juga untuk membuat imbasan penuh full scan. Walaupun nampak seperti MENYUSAHKAN. Semua pengguna komputer tidak gemarkan virus yang menganggu hidup mereka. Dan jika anda salah seorang daripada mereka, baik untuk melakukan imbasan.

Anda Yakin?
Mungkin selepas ini anda akan lebih beringat tetang perkara ini. Nasihati kenalan anda mahupun sesiapa sahaja yang baru membeli komputer baru. Kerana jangan di sebalik kegembiraan mendapat komputer baru akan terbit kesedihan. Kerana sistem operasinya perlu diformat kerana virus yang tidak diketahui mana datangnya.

Security is not a product but it’s a product process!!